Berita UtamaDuniaUtama

77 maut ribut siklon di India

Mangsa protes proses pemindahan lambat, barang naik harga

BHUBANESHWAR, 8 Ramadan 1440H, Isnin – Jumlah korban akibat ribut siklon kuat yang melanda timur India dan Bangladesh pada awal bulan ini meningkat kepada 77.

Siklon Fani, siklon musim panas pertama yang melanda pantai Teluk Bengal India sejak 43 tahun, mengakibatkan bencana di negeri Odisha pada 3 Mei dengan kelajuan angin sehingga 200 kilometer (125 batu) sejam.

Angin ribut itu merosakkan setengah juta rumah penduduk, menumbangkan beratus-ratus ribu pokok dan menganggu bekalan elektrik, telekomunikasi dan air untuk berjuta-juta orang di negeri berkenaan.

India pada mulanya mendapat pujian, termasuk daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kerana memindahkan kira-kira 1.2 juta orang ke kawasan selamat sebelum ribut tiba, di mana Ketua Menteri Odisha menggelarnya ‘pemindahan manusia terbesar dalam sejarah’.

Tetapi, pujian itu telah berubah menjadi kemarahan bagi kebanyakan penduduk tempatan, kerana apa yang mereka alami adalah berbeza dengan apa yang dikatakan, ekoran kelewatan pemindahan dan sikap tidak peduli pihak berkuasa.

“Saya kehilangan rumah jerami saya di dalam siklon itu. Tidak ada seorang pun dari kerajaan yang datang ke rumah saya yang rosak.

“Saya tidak tahu bila mereka akan menilai kerosakan dan memberi saya bantuan untuk membina rumah saya,” kata seorang penduduk di daerah Puri, Shantilata Mishra, yang dipetik oleh agensi berita Press Trust of India (PTI) .

Mangsa yang berang dengan keadaan itu juga telah ‘turun’ ke jalanan untuk membantah proses pemindahan yang perlahan serta kenaikan harga barangan makanan dan air yang tinggi. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close