Berita UtamaIstimewaUtama

Daim sendiri dah tak relevan

Berjasa cabar kerajaan PH hapuskan program matrikulasi

Oleh Fazleen Safina

BANGI, 7 Ramadan 1440H, Ahad – Matrikulasi kekal relevan selagi mana hak istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan tidak dipinda, kata Naib Presiden Berjasa, Ustaz Mohd Hazizi Abd Rahman.

Beliau membidas kenyataan Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin bahawa usaha untuk menghapuskan program Matrikulasi itu bakal berdepan cabaran besar, kerana ia akan menjadi modal pembangkang untuk mengkritik kerajaan hari ini.

“Waktu ia dimulakan dulu ada alasan baik untuk betulkan ketidakseimbangan (kaum). Sekarang sudah tidak relevan, boleh dihapuskan kerana tujuan asalnya bagi mengimbangi agihan kaum di universiti sudah ditangani,” kata Daim seperti dilapor portal Malaysia Insight.

Namun, jelas Daim, pembangkang akan menjadikan ia sebagai isu untuk mengkritik PH sekiranya matrikulasi dihapuskan.

Program matrikulasi merupakan program prauniversiti yang diperkenalkan pada 1999 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi pelajar Bumiputera melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah pertama dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan, matematik (STEM) profesional.

Pada 29 April lalu, Menteri Pendidikan, Maszlee Malik mengumumkan penambahan 60 peratus pengambilan ke program matrikulasi daripada 25,000 kepada 40,000 pelajar, dengan mengekalkan nisbah 90 peratus untuk Bumiputera dan 10 peratus untuk bukan Bumiputera.

Membidas kenyataan itu, Ustaz Mohd Hazizi berkata, Daim sendiri sudah tidak relevan lagi kerana bercakap mengenai objektif masa lalu.

“Sepatutnya pemimpin bercakap mengenai objektif masa depan selaras dengan peruntukan hak istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan.

Matrikulasi kekal relevan selagi mana hak istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan tidak dipinda. Kalau kerajaan PH berani, sila buat kempen untuk pinda Perlembagaan berkaitan hak istimewa itu.

“Masa itu baru kita tahu apa dan siapa yang tidak relevan sebenarnya,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close