Berita UtamaUtama

Setahun gagal tadbir, kerajaan PH patut muhasabah

PH buka jalan seolah-olah mengiktiraf liberal dengan beri pembiayaan

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 6 Ramadan 1440H, Sabtu – Pemuda PAS menasihat pimpinan Pakatan Harapan (PH) untuk bermuhasabah dan menghentikan budaya menyalahkan pihak lain atas kegagalan mereka sendiri mentadbir kerajaan.

Cukup setahun PH menawan Putrajaya, polisi dan dasar kerajaan bukan sahaja kabur dan celaru, malah secara terang telah mengganggu-gugat ketenteraman awam, kata Timbalan Ketua Pemudanya, Ir Khairil Nizam Khiruddin.

Beliau berkata, rakyat sebenarnya sudah hilang teruja kepada PH kerana tidak komited mengembalikan atau memberi sesuatu yang boleh mengubah desakan hidup mereka.

“Apabila diberi markah gagal, PH cenderung menuding jari menyalahkan pihak lain hingga menyeret kepada sengketa terbuka. Ini hanya menunjukkan PH sebenarnya kerajaan yang tiada modal atau bankrap dalam banyak aspek.

“Bukan sahaja gagal sebagai kerajaan, malah PH membariskan menteri dan timbalan menteri yang tidak kompeten. Apabila mereka tidak mampu menjadi lebih baik dari asasnya, lalu berseteru dengan para Pegawai Tadbir Diplomatik dan penjawat awam,” katanya dalam satu kenyataan.

Lebih malang, Ir Khairil berkata, PH telah membuka jalan, memudahkan dan seolah-olah mengiktiraf entiti liberal dan songsang, termasuk memberi jawatan dan pembiayaan kepada mereka.

Malah, janji PH selama ini untuk membaiki segala kepincangan ekonomi tidak terlaksana apabila mereka lebih sibuk mengusik aspek sosial kaum dan agama.

“Perkara dimanifestokan boleh dimungkiri termasuk kepada anak muda seperti PTPTN, kos sara hidup, gaji minimum dan banyak lagi,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close