Berita UtamaUtama

Sarawak sedia bayar RM1 bilion kepada Kerajaan Persekutuan

Peringkat pertama akan bayar RM300 juta untuk baiki sekolah daif

SRI AMAN, 6 Ramadan 1440H, Sabtu -Kerajaan Sarawak bersedia untuk membuat bayaran pendahuluan sebanyak RM1 bilion secara berperingkat kepada kerajaan persekutuan bagi membaiki sekolah-sekolah daif di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata demikian dalam ucapannya kepada guru-guru, ketika merasmikan Sambutan Hari Guru peringkat negeri tahun ini di sini, hari ini.

Abang Johari berkata, beliau telah mengadakan perbincangan dengan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik untuk mengenal pasti cara program itu dapat dilaksanakan secepat mungkin.

“Formula itu sedang dilaksanakan, dan untuk pembayaran pertama, kerajaan Sarawak akan menyalurkan RM300 juta, pembayaran kedua RM300 juta lagi dan pembayaran ketiga RM400 juta hingga RM1 bilion dalam tempoh dua tahun.

“Malah, kami telah menyediakan cek,” katanya.

Abang Johari berkata, Sarawak mahu memberi tumpuan kepada pembangunan pendidikan di negeri ini dan tidak mahu isu menyerahkan isu pembangunan pendidikan kepada kerajaan persekutuan semata-mata untuk dilaksanakan.

“Untuk itu, saya telah menubuhkan Kementerian Pendidikan Sarawak dengan Datuk Seri Michael Manyin sebagai Menteri pertamanya.

Penubuhan Kementerian Pendidikan Negeri membolehkan peruntukan kewangan disalurkan untuk pembangunan pendidikan di Sarawak, selain peruntukan persekutuan dan kerajaan terlibat dalam penggubalan dasar dan pentadbiran,” katanya. -Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close