Berita UtamaDunia

Lebih 100,000 berhimpun di lorong kecil sebelum rempuhan maut

Tragedi menakutkan babit ramai golongan muda

SEOUL, 5 Rabiulakhir 1444H, Isnin – Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck-soo berjanji akan melakukan siasatan penuh terhadap pesta hantu Halloween yang mengorbankan lebih 150 nyawa, semalam.

Sehingga hari ini, 154 orang disahkan terkorban dan 149 yang lain cedera, manakala 33 dalam keadaan kritikal, lapor pihak berkuasa.

“Kerajaan akan menyiasat secara menyeluruh punca kejadian dan membuat penambahbaikan untuk memastikan kemalangan tidak berulang pada masa hadapan,” kata Duck-soo.

Tragedi berdarah berkenaan dipercayai berlaku selepas lebih 100,000 pengunjung yang kebanyakannya golongan muda membanjiri kawasan lorong kecil menuruni bukit yang sempit berhampiran Hotel Hamilton.

Bagaimanapun, sambutan bertukar tragedi selepas kawasan sempit itu menerima jumlah pengunjung luar biasa menyebabkan orang ramai cedera akibat terjatuh, ditolak dan dipijak.

Sementara itu, Presiden Yoon Suk-yeol mengisytiharkan tempoh berkabung sambil menegaskan bencana tersebut amat mengejutkan dan tidak sepatutnya berlaku.

Semua pejabat kerajaan diarah mengibarkan bendera separuh tiang.

“Hati saya berat dan sukar untuk menahan kesedihan,” katanya ketika melawat lokasi bencana dan mendapatkan maklumat daripada kakitangan kecemasan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button