Berita UtamaUtama

KEMAS KINI | Pegawai kanan DBKL, 4 individu direman

Rasuah babit RM200,000 tapi SPRM jumpa RM1 juta

KUALA LUMPUR, 4 Ramadan 1440H, Khamis – Seorang pegawai kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) direman lima hari bersama empat lagi orang awam bermula hari ini bagi membantu siasatan kes menerima dan memberi wang rasuah bernilai RM200,000.

Menurut sumber, kelima-lima individu yang berumur antara 41 tahun dan 57 tahun itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sebuah restoran di Kuala Lumpur antara jam 12 dan 12.30 tengah malam tadi.

Perintah reman sehingga 13 Mei itu dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim selepas membenarkan permohonan yang dikemukakan SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, di sini hari ini.

Berdasarkan siasatan awal, menurut sumber SPRM pegawai kanan DBKL itu telah menerima wang berjumlah RM200,000 daripada beberapa kontraktor sebagai balasan memberikan kerja-kerja penambahbaikan infrastruktur di bawah seliaannya.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Simi Abdul Ghani ketika dihubungi mengesahkan penahanan mereka.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009, katanya.

Terdahulu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, pihaknya menemui sejumlah wang dianggarkan RM1 juta di kediaman lelaki itu, namun perkara itu masih dalam siasatan.

“Turut ditahan ialah lima individu bukan petugas DBKL yang disyaki terbabit dengan aktiviti rasuah yang membabitkan agensi sama,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close