Berita UtamaDunia

Ikut jejak negara Teluk, Mesir buka semula ruang udara kepada Qatar

EgyptAir rancang penerbangan harian ke, dari Doha mulai 18 Januari

KAHERAH, 29 Jamadilawal 1442H, Rabu – Mesir membuka semula ruang udara untuk penerbangan Qatar semalam dan membenarkan penyambungan semula lalu lintas udara antara kedua negara sebagai sebahagian pencairan hubungan dengan negara Teluk, kata para pegawai.

Keputusan itu berikutan langkah Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Mesir mengakhiri boikot yang mana mereka memutuskan hubungan diplomatik, perdagangan dan perjalanan dengan Qatar pada 2017.

Penarikan larangan itu membolehkan penerbangan Qatar melintasi ruang udara Mesir dan syarikat penerbangan nasional dari kedua negara bagi menyerahkan jadual operasi penerbangan untuk persetujuan, lapor akhbar negara, Al-Ahram.

EgyptAir merancang untuk menjalankan penerbangan harian ke dan dari Doha, kata kementerian penerbangan dalam satu kenyataan.

“Penerbangan tambahan dapat ditambahkan jika ada permintaan yang cukup,” katanya.

Pengerusi EgyptAir memberitahu TV tempatan bahawa syarikat penerbangan itu dijangka meneruskan penerbangan ke Qatar mulai 18 Januari.

Sebagai tambahan penerbangan harian dari Kaherah, empat penerbangan seminggu akan dikendalikan dari Alexandria ke Doha, katanya.

Qatar Airways dijangka memulakan penerbangan antara Doha dan Mesir pada Jumaat, sementara menunggu persetujuan, kata sumber di lapangan terbang Kaherah.

Pengangkutan barang antara kedua-dua negara juga mungkin berlaku berdasarkan perjanjian yang akan diaktifkan, kata sumber penerbangan.

Mesir dan sekutunya – negara Teluk – mengenakan embargo ke atas Qatar atas tuduhan menyokong keganasan – tuduhan yang ditolak Doha.

Negara itu menyatakan sokongannya untuk perdamaian serantau pada sidang kemuncak di Arab Saudi minggu lalu, tetapi telah berhenti mengesahkan langkah konkrit untuk mengakhiri boikot.

Arab Saudi, UAE dan Bahrain telah mengumumkan pembukaan semula ruang udara mereka ke Qatar. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button