Amerika SyarikatBerita UtamaDuniaUtama

Dua pelajar mengamuk dalam kelas tembak rakan sekolah

Seorang maut, 8 cedera apabila dua pelajar lepaskan tembakan

COLORADO, 3 Ramadan 1440H, Rabu – Bunyi tembakan masih kedengaran tatkala anggota polis berlari ke arah Sekolah Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) Highlands Ranch di sini.

Dua suspek, dipercayai pelajar sekolah berkenaan memasuki dua bilik darjah dan melepaskan tembakan.

Dalam beberapa minit, seorang pelajar berusia 18 tahun terbunuh, sementara lapan lagi cedera dengan beberapa orang daripadanya dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Senario itu mengganggu ketenangan komuniti di pinggir Denver, yang baharu sahaja mengingati ulang tahun ke-20 kejadian tembakan di Sekolah Tinggi Columbine oleh dua pelajar yang membunuh 12 rakan dan guru mereka pada 1999 lalu.

Lapan pelajar dikejarkan ke hospital kerana cedera dalam kejadian semalam, kata Sherif Douglas County, Tony Spurlock, sambil menambah beberapa pelajar dalam keadaan kritikal.

“Seorang daripada mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia akibat kecederaan,” katanya.

Suspek yang melepaskan tembakan dikenal pasti sebagai dua pelajar lelaki, di mana salah seorang daripadanya adalah juvana berusia di bawah 18 tahun, katanya.

Kejadian itu berlaku ketika sesi pertengahan persekolahan yang menempatkan kampus bagi pelajar asas, pertengahan dan tinggi.

Polis juga dilaporkan menyiasat kemungkinan terdapat suspek ketiga.

Akhbar Denver Post melaporkan semua sekolah di daerah berkenaan diletakkan dalam pengawasan ketat pihak polis. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close