Berita Utama

Perjuang isu Adib hanya ketika bergelar pembangkang?

Kini pihak lantang bersuara suatu ketika dahulu diam menikus

BANGI, 22 Safar 1442H, Sabtu – Sikap membisu pemimpin yang suatu ketika dahulu begitu lantang bersuara mahukan pembelaan terhadap Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim sekali lagi dibangkitkan.

Kini timbul persoalan, apakah perjuangan hanya akan wujud apabila seseorang pemimpin itu bergelar sebagai pembangkang sahaja.

Adakah ini nilai sebenar sebuah perjuangan yang meletakkan hak agama, bangsa dan negara sebagai objektif utama, soal Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.

Beliau nyata kecewa dengan hal tersebut, terutamanya apabila memikirkan tentang pesalah yang sepatutnya dikenakan hukuman berat masih bebas di luar sana.

“…sehingga kini, penjenayah atau pun pembunuhnya masih bebas dan bersuka ria menikmati hari-harinya,” katanya dalam kenyataan.

Prof Zainur Rashid turut membandingkan nasib yang menimpa Allahyarham Muhammad Adib dengan mendiang Kugan Ananthan yang diangkat sebagai wira oleh segelintir pihak.

Beliau berkata, Kugan adalah seorang penjenayah berprofil tinggi yang ditangkap kerana aktiviti samun kereta mewah, dengan kerugian dialami mangsa-mangsanya menjangkau jutaan ringgit.

Katanya, Kugan kemudian meninggal dunia ketika dalam tahanan dan didapati mengidap paru-paru berair.

Atas bukti tersebut, seorang anggota polis dikenakan hukuman penjara selama tiga tahun selepas didapati memukul Kugan, katanya lagi.

“Hakim Mahkamah Tinggi juga telah memutuskan agar ibu Kugan diberikan pampasan berjumlah RM 851,700.00.

“Kugan dan keluarganya diangkat sebagai hero dan pejuang hak asasi manusia oleh Hindraf dan pembangkang pada ketika itu,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button