Tarbiyyah

Ramadan: Bulan jihad, kesatuan umat dan pesta ibadah

Jihad bukan sekadar fizikal tapi kesungguhan taat perintah Allah

MAJLIS Ulama ISMA (MUIS) mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan al-Mubarak kepada seluruh Muslimin khususnya umat Islam di Malaysia. Bulan ini adalah satu anugerah olehNya kepada kita sebagai tanda kasih serta mulianya umat ini berbanding umat-umat terdahulu.

Sambutlah bulan ini dengan penghayatan ruh jihad. Walaupun kita hari ini semakin lesu dalam menghayati ma’ani jihad, moga dengan hadirnya bulan yang mulia ini ia menyedarkan kita kembali akan besarnya makna jihad dalam jiwa seorang muslim.

Jihad bukan sekadar pada maksud fizikal iaitu menahan kepayahan lapar dan dahaga, tetapi yang lebih utama ialah kesungguhan untuk mentaati segala perintah Allah serta meninggalkan segala laraganNya.

Sambutlah bulan ini dengan pengahayatan roh kesatuan umat. Antara pensyariatan di bulan ini ialah ibadat puasa yang diwajibkan untuk kita merasakan roh kebersamaan sesama kita dalam melakukan suatu ibadah yang sama pada waktu yang sama tanpa mengira pangkat, harta atau kedudukan.

Selain itu ibadah zakat fitrah juga mengajar erti kesatuan, saling bantu membantu serta menghayati kesusahan yang sedang dihadapi oleh saudara kita. Oleh itu jadikan bulan ini utk kita kembali menyemai kesatuan umat.

Sambutlah bulan ini dengan pesta ibadah dan kebaikan. Namun hendaklah kita ingat bukanlah erti ibadah itu kita hanya sibuk soal diri kita semata-mata tetapi yang lebih utama bagaimana kita memastikan suasana sekeliling kita sentiasa berada di dalam redhaNya. Hidupkanlah budaya amar makruf nahi mungkar kerana ianya adalah sebaik-baik amalan.

وَمَنۡ أَحۡسَنُ قَوۡلاً۬ مِّمَّن دَعَآ إِلَى ٱللَّهِ وَعَمِلَ صَـٰلِحً۬ا وَقَالَ إِنَّنِى مِنَ ٱلۡمُسۡلِمِينَ
Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!

Moga Ramadan yang hadir ini memberi nilai yang besar dalam diri kita, keluarga, masyarakat dan umat Islam seluruhnya. Ingatlah, Allah menganugerahkan bulan yang mulia ini supaya kita kembali koreksi diri kita serta kembali meletakkan diri kita di atas ‘jalan yang lurus’ yang kita doakan sekurang-kurangnya lima kali sehari.

Dr Mohd Soberi Awang
Pengerusi MUIS

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close