Berita UtamaKolumnisUtama

Palestin sambut Ramadan dengan peluru, bom… kita?

Semoga rahmat Allah berterusan melimpah ke atas mereka

ESOK, insya-Allah, umat Islam di Malaysia akan menyambut hari pertama Ramadan tahun 1440H bersamaan 6 Mei 2019. Pada kesempatan ini, Umi Mah mengucapkan selamat menyambut kedatangan bulan penuh rahmat kepada pembaca ismaweb.net dan seluruh umat Islam di mana sahaja berada.

Umi Mah rasa sebak bila tengok gambar bayi Palestin yang meninggal dunia akibat serangan kejam rejim pengganas Zionis Israel di Semenanjung Gaza semalam.

Kasihannya pada mereka. Tatkala kita di Malaysia membuat pelbagai persiapan untuk menyambut kedatangan bulan mulia esok, – yang shopping baju raya pun dah ada – saudara kita di Palestin, terutama di Semenanjung Gaza, sedang menderita.

Kita menyambut awal Ramadan – di sesetengah negeri mendapat cuti umum – dengan membeli pelbagai barang keperluan sebgai bersediaan untuk bersahur. Mereka di Palestin? Bersahur dengan ‘peluru dan bom’?

Sejak kelmarin sahaja, dilaporkan sembilan rakyat Palestin, termasuk seorang wanita hamil dan bayinya berusia 14 bulan, terbunuh apabila rumah mereka dibom Zionis. Seorang lagi anak wanita malang itu selamat.

Kuasa Allah untuk mengekalkan waris perjuangan di bumi yang diberkati!

Sukar untuk kita gambarkan keadaan mereka tatkala rumah digegarkan dengan letupan bom. Daripada gambar yang kami siarkan dalam ismaweb.net, jelas kelihatan tubuh badan bayi berkenaan tidak cedera. Hanya hidungnya sahaja mempunyai kesan darah.

Berdasarkan keadaan itu, Umi Mah rumuskan, bayi berkenaan mungkin meninggal dunia akibat kejutan, gegaran, dan gelombang letupan.

Itulah hakikat yang ditetapkan. Syurga itu terlalu luas, terus menanti penghuninya. Tidurlah permaisuri Syurga ku!

Demikian juga saudara seagama kita muslim Uyghur di Xinjiang, China, yang dilarang berpuasa.

BACA: Ampunkan anak saya kerana tidak puasa, kata wanita Uyghur

Titipan doa sahaja yang mampu Umi Mah lontarkan. Semoga belas ikhsan dan rahmat Allah melimpah-limpah ke atas mereka.

Demikian juga harapan Umi Mah kepada umat Islam di Malaysia. Malam ini kita akan solat Tarawih. Marilah kita berdoa supaya saudara kita di Palestin, di Xinjiang atau di mana sahaja, mampu melakukan ibadah puasa dalam keadaan aman.

Salam dan selamat menyambut Ramadan Al Mubarak

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close