AfrikaBerita UtamaDuniaUtama

Selepas Idai, kini giliran taufan Kenneth badai Mozambique

Penduduk pantai utara berdepan ancaman banjir kilat, tanah runtuh

MOZAMBIQUE, 20 Syaaban 1440H, Jumaat – Wilayah utara Mozambique sekali lagi berdepan detik sukar apabila taufan kuat membadai negara itu petang semalam, selepas hampir sebulan ‘trauma’ dengan kejadian ribut dan banjir teruk yang mengorbankan ratusan nyawa bulan lalu.

Taufan Kenneth melanda pantai utara Mozambique di wilayah Cabo Delgado selepas membadai Komoro.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengeluarkan amaran terhadap ancaman banjir kilat dan tanah runtuh.

“Taufan ini dijangka membawa hujan lebat di kawasan-kawasan tertentu selama beberapa hari, dengan jangkaan hujan melebihi 600 milimeter,” katanya.

Sebelum ini, jumlah hujan yang turun hampir dua kali ganda selama 10 hari menyebabkan banjir di Beira ketika Taufan Idai membadai wilayah itu.

Ramalan Meteo-France memberi amaran bahawa taufan Kenneth bakal menghasilkan ombak dari pantai timur laut Mozambique dengan jarak lima meter (16 kaki) lebih tinggi daripada kebiasaannya.

“Saya agak runsing apabila mereka mengumumkan ombak setinggi enam meter bersama keadaan angin yang sangat kuat, dan saya tidak pernah melihat kejadian seperti ini sepanjang 15 tahun saya di Pemba,” kata pemilik rumah persinggahan di Pantai Wimby, Anabela Moreira.

Sementara itu, Pasukan Palang Merah turut bimbang terhadap kesan akibat ribut itu, kerana kebanyakan masyarakat di Mozambique masih dalam proses baik pulih daripada taufan yang melanda pada 14 dan15 Mac lalu.

Menerusi kenyataan Facebook pejabat meteorologi negara itu, Taufan Kenneth yang membawa angin kencang bersama hujan lebat telah melepasi kepulauan negara Comoros, Lautan Hindi pada Khamis, semalam.

“Kita mesti sentiasa berwaspada, elakkan menyentuh kabel kuasa yang jatuh, tunggu dapatkan kebenaran sebelum memandu dan pastikan kanak-kanak duduk di rumah,” katanya. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close