Berita UtamaDuniaUtama

Tujuh ditembak mati dalam lombong emas di Peru

Lombong di La Rinconada hasilkan 6.8 juta gram emas setahun

LIMA, 19 Syaaban 1440H, Khamis – Tujuh pelombong mati ditembak di dalam terowong lombong emas di wilayah selatan Peru, kata pejabat pendakwa raya semalam.

Kesemua tujuh mangsa dilaporkan ditemui dengan peluru di kepala mereka di sebuah terowong di La Rinconada, kawasan penempatan perlombongan emas yang luas kira-kira 5,100 meter (16,700 kaki) di atas paras laut.

Pendakwa raya dalam satu kenyataan juga mengesahkan pihaknya sedang menjalankan siasatan terpeinci.

Media tempatan melaporkan bahawa kejadian tembak-menembak atau pembunuhan yang berlaku di sana, berpunca daripada rompakan emas dan wang daripada pelombong.

Kerajaan Peru sebelum ini menggesa pelombong ‘tidak rasmi’ di La Rinconada untuk mejadikan operasi mereka sebagai perniagaan membayar cukai yang mematuhi undang-undang keselamatan, buruh dan alam sekitar.

Namun, terdapat sedikit pengawasan perlombongan di La Rinconada dan kurang pemantauan di kawasan itu.

Lebih 40 juta orang di seluruh dunia bekerja di bidang perlombongan berskala kecil bagi mencari mineral termasuk emas, berlian dan kobalt dan ia kerap digali dengan tangan.

Lombong di La Rinconada menghasilkan kira-kira 6.8 juta gram emas pada tahun lepas, atau kira-kira hampir 5 peratus daripada pengeluaran emas Peru, menurut data kerajaan. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close