Berita UtamaUncategorizedUtama

PDRM kemuka MLA kesan pemilik ‘Sabah Sarawak Merdeka’

523 laporan polis dibuat seluruh negara kerana hina institusi diraja

IPOH, 19 Syaaban 1440H, Khamis – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mendapatkan bantuan daripada pengendali pusat laman sosial Facebook bagi mengesan pemilik akaun Facebook (FB) ‘Sabah Sarawak Merdeka’ yang cuba mencetuskan provokasi dalam negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya telah mengemukakan Bantuan Perundangan Bersama (MLA) untuk mendapatkan bantuan daripada pusat berkenaan.

“Pada satu ketika Facebook ini diblok, tetapi beberapa hari lepas tu dibuka semula, jadi kita syaki mereka yang bertanggungjawab berada di luar negara.

“Alamat Domain IP (protokol internet) digunakan di luar negara, ini agak menyukarkan kita, kalau dibuat dalam negara kita yakin dapat tangkap mereka yang tidak bertanggungjawab, jadi kita memerlukan bantuan rakan dari luar negara,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara Kontinjen Perak di sini hari ini.

Menurut Mohamad Fuzi, setakat ini 523 laporan polis dibuat di seluruh negara berhubung penghinaan institusi diraja dengan 472 daripadanya laporan khusus terhadap penghinaan Yang di-Pertuan Agong.

“Dakwaan pihak tertentu bahawa polis tidak mengambil tindakan secukupnya tentang perkara ini amat tidak tepat dan tidak berasas sama sekali.

“Kita memburu suspek yang terlibat dalam membuat posting tidak bertanggugjawab yang boleh menggugat keamanan dan ketenteraman awam. Sekiranya kita biarkan mereka bergerak secara berleluasa, tindakan tegas akan diambil,” katanya.

Katanya, siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 41(a) Akta Hasutan, Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi Multimedia.- Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close