Berita UtamaDuniaUtama

Lagi letupan bom di Sri Lanka

Siri serangan bom di hotel, gereja Colombo ragut 359 nyawa

COLOMBO, 18 Syaaban 1440H, Khamis – Satu lagi letupan bom dilaporkan berlaku di sebuah bandar di timur ibu negara Sri Lanka, hari ini, kata seorang jurucakap polis.

Ruwan Gunasekera mengesahkan polis sedang menyiasat letupan di tanah kosong di belakang mahkamah majistret di Pugoda, 40km dari Colombo.

“Terdapat letupan di belakang mahkamah, kami sudah mulakan siasatan. Tiada mangsa terkorban,” katanya.

Ruwan berkata, ia bukan letupan terkawal seperti letupan lain pada Ahad lalu.

Letupan itu muncul pada saat ketegangan memuncak di Sri Lanka berikutan serangan pengebom bunuh diri di beberapa hotel dan gereja, ketika sambutan hari Easter, yang mengorbankan 359 orang dan mencederakan 500 orang yang lain.

Pihak berkuasa Sri Lanka menuduh kumpulan Thowheeth Jama’ath Kebangsaan (NTJ) bertanggungjawab di atas serangan berkenaan.

Tetapi, kumpulan pengganas Daesh mengaku bertanggungjawab, dengan mendakwa mereka menyasarkan penganut Kristian serta rakyat mana-mana negara yang menentang kumpulan itu.

Dakwaan itu disebarkan melalui media sosial yang digunakan pengganas Daesh menerusi aplikasi Telegram, lapor akhbar New York Times. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close