Amerika SyarikatBerita UtamaDuniaUtama

AS sekat dua individu, tiga firma saluran dana militan Hezbollah

Ahli perniagaan, syarikat dijadikan batu loncatan salur dana pengganas

WASHINGTON, 19 Syaaban 1440H, Khamis – Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan baharu ke atas dua ahli perniagaan dan tiga firma, dalam tindakannya untuk menghapuskan ancaman pergerakan militan Syiah berpangkalan di Lubnan – Hezbollah.

Dua ahli perniagaan dan tiga syarikat itu dikatakan menjadi batu loncatan untuk menyalurkan dana kepada kumpulan militan yang mendapat sokongan Iran itu.

Pusat Kawalan Aset Luar Perbendaharaan AS (OFAC) berkata, mereka menyenaraikan individu berpangkalan di Belgium, Wael Bazzi, kerana bertindak bagi pihak bapanya, Mohammad Bazzi – pembiaya Hezbollah.

OFAC juga menyekat dua syarikat Belgium dan satu lagi yang berpangkalan di United Kingdom yang dikawal Bazzi.

Sebagai tambahan, Perbendaharaan AS juga mengenakan sekatan ke atas individu berpangkalan di Lubnan, Hassan Tabaja, yang bertindak bagi pihak abangnya seorang pembiaya Hezbollah, Adham Tabaja.

AS membekukan aset dan harta mereka, selain melarang warga dan syarikat Amerika berurusan dengan mereka.

Dua individu dan tiga firma terbabit disenaraikan mengikut peraturan AS yang menyasarkan kegiatan disyaki penganas, atau sesiapa yang menyokong mereka.

AS menyenaraikan Hezbollah sebagai kumpulan pengganas.

Awal minggu ini, Jabatan Negara AS menawarkan hadiah sehingga AS$10 juta bagi sebarang maklumat yang membantu menggagalkan saluran dana kepada Hezbollah. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close