Berita Utama

Banjir Kelantan: Hanya 790 mangsa masih di 3 PPS

Air di semua sungai utama kini berada pada paras biasa

KOTA BHARU, 3 Syaaban 1443H, Ahad – Jumlah mangsa banjir di Kelantan terus berkurangan kepada hanya 790 orang daripada 226 keluarga di pusat pemindahan sementara (PPS) malam ini berbanding 1,337 orang daripada 382 keluarga petang tadi.

Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, setakat 8 malam, kesemua mangsa banjir berada di tiga PPS dalam daerah Pasir Mas.

Mereka terdiri daripada 262 lelaki, 255 wanita, 138 kanak-kanak lelaki, 127 kanak-kanak perempuan dan lapan bayi.

Jabatan Pengairan dan Saliran melalui laman sesawangnya pula melaporkan air di semua sungai utama di Kelantan kini berada pada paras biasa.-  Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button