Berita UtamaUtama

Khidmat datuk bandar Ipoh dipendekkan sebab kesihatan

JPA kata Zamri Man dipindah ke pejabat SUK mulai 18 Februari

PUTRAJAYA, 18 Syaaban 1440H, Rabu – Tempoh perkhidmatan Datuk Zamri Man sebagai Datuk Bandar Ipoh telah dipendekkan mulai 17 Februari lalu atas faktor kesihatan, demikian menurut Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

JPA dalam kenyataan hari ini berkata, Zamri telah ditempatkan di pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perak mulai 18 Februari bagi menjalani rawatan pemulihan.

“Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perak telah mengenal pasti calon pengganti yang bersesuaian dan akan melaksanakan pengisian jawatan tersebut dalam masa terdekat,” kata JPA.

Justeru, JPA berkata, dakwaan bahawa Zamri akan disingkirkan daripada jawatan itu kerana menghilangkan diri selama beberapa bulan adalah tidak tepat.

Pada Ahad lepas, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru Perak, Paul Yong Choo Kiong dilaporkan berkata, Datuk Bandar Ipoh yang baharu akan dilantik selewat-lewatnya hujung bulan ini bagi menggantikan Zamri yang dikatakan ‘menghilang’ tanpa berita.

Katanya, Zamri tidak hadir bertugas tanpa cuti (AWOL) dan tidak mengemukakan sebarang sijil sakit selama beberapa bulan. – Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close