Berita UtamaDunia

18 juta kes COVID-19 seluruh dunia

AS paling teruk terjejas diikuti Brazil, India

PARIS, 13 Zulhijjah 1441H, Isnin – Jumlah jangkitan COVID-19 dicatatkan di seluruh negara sudah melebihi 18 juta mangsa, menurut data AFP dari sumber rasmi.

Statistik terkini menunjukkan 18,218,998 orang dijangkiti virus itu, sekurang-kurangnya 18,011,763 kes didaftarkan memandangkan jumlah jangkitan akibat pandemik itu semakin meningkat dalam tempoh empat hari saja.

Separuh daripada keseluruhan kes itu dicatatkan di Amerika Syarikat (AS), Amerika Latin dan Caribbean.

AS adalah antara negara paling teruk terjejas dengan 4,657,693 kes termasuk 154,793 kematian, diikuti Brazil (2,733,677 kes dan 94,104 kematian).

Negara ketiga yang terkesan teruk adalah India, dengan 1,750,723 kes serta 37,364 kematian. Di seluruh dunia, terdapat 692,309 kematian akibat pandemik itu.

Data yang dikumpulkan oleh AFP dari pihak berkuasa nasional dan maklumat dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mungkin hanya mencerminkan sebilangan kecil dari jumlah jangkitan yang sebenar memandangkan banyak negara hanya menguji kes simptomatik atau yang paling serius. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button