Berita Utama

Ringgit masih kekal diniaga RM4.13 berbandig 1 dolar AS

Dolar lemah kerana dagangan kurang disebabkan cuti umum

KUALA LUMPUR, 17 Syaaban 1440H, Selasa – Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan kekurangan permintaan, kata peniaga.

Pada 9.05 pagi, unit tempatan diniagakan pada 4.1310/1360 berbanding dolar AS daripada 4.1300/1350 semasa dicatatkan pada Isnin.

Beliau berkata, terdapat kemungkinan dolar AS lemah disebabkan dagangan berkurangan berikutan cuti umum.

“Dolar AS diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang semalam berikutan cuti umum yang memberi kesan kepada dagangan,” katanya.

Ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0456/0495 daripada 3.0442/0490 semasa ditutup pada Isnin, susut berbanding yen Jepun kepada 3.6970/7018 daripada 3.6898/6946 dan rendah berbanding euro kepada 4.6457/6518 daripada 4.6454/6506.

Bagaimanapun, unit tempatan naik berbanding pound British kepada 5.3625/3710 daripada 5.3649/3726. – Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close