Berita UtamaDuniaTimur TengahUtama

VIDEO | Daesh serang balai polis di Arab Saudi, empat terbunuh

Penyerang bersenjatakan mesingan, bom, tiga polis cedera

RIYADH, 16 Syaaban 1440H, Isnin – Empat penyerang terbunuh dalam serangan ke atas sebuah balai polis di Zulfi, kira-kira 250 kilometer di barat laut ibu kota Arab Saudi, lapor stesen televisyen Al Arabiya, semalam.

Dalam kejadian itu, tiga anggota polis turut cedera dan siasatan dilakukan bagi mengenal pasti kumpulan penyerang terbabit.

“Sekumpulan pengganas menyerang sebuah balai polis tetapi dipatahkan,” lapor agensi berita rasmi Arab Saudi, SPA.

Bagaimanapun, sumber pihak berkuasa menyatakan semua yang terbunuh adalah anggota kumpulan Daesh.

Satu rakaman video turut tular di media sosial, menunjukkan sebuah kereta di pusat pemeriksaan dengan dua pintu terbuka, dan dia mayat berhampiran. Bunyi tembakan juga kedengaran.

Media tempatan melaporkan, terdahulu kereta itu merempuh sekatan di pusat pemeriksaan sebelum dua lelaki keluar dan melepaskan tembakan ke arah anggota polis, yang kemudian membunuh mereka.

Penyerang ketika ditembak mati ketika cuba melarikan diri, sementara yang keempat ditembak ketika cuba memasang letupan dipakainya.

Al Arabiya juga melaporkan penyerang terbabit menganggotai kumpulan militan Daesh. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close