Berita UtamaUtama

Status quo matrikulasi: Maszlee diingat tak tunduk desakan DAP

Agenda DAP untuk kaum Cina hingga sanggup ubah sistem pendidikan

BANGI, 16 Syaaban 1440H, Isnin – PAS menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengekalkan status quo nisbah pengambilan pelajar program matrikulasi pra universiti di institut pengajian tinggi awam (IPTA).

Ketua Penerangan PAS, Ustaz Nasrudin Hasan berkata, pengekalan kuota 90 peratus untuk Bumiputera, dan 10 peratus untuk bukan Bumiputera adalah selaras dengan hasrat awal penubuhannya, bagi memberi peluang kepada golongan sasar untuk mengikuti kursus penting yang ditawarkan.

Katanya, tiada keperluan mendesak bagi menukar nisbah berkenaan buat masa ini, selepas cubaan mereka untuk mengkiktiraf UEC gagal.

“Desakan DAP untuk mengganggu sistem dan dasar pendidikan negara adalah keterlaluan. Malah, jika ia menguntungkan mereka seperti perolehan peruntukan khas dari Kementerian Kewangan untuk kolej swasta persendirian Cina, mereka tidak timbulkan pula soal keadilan dan kesamarataan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Jawatankuasa Hal Ehwal Universiti Pemuda DAP, Leong Yu Sheng, yang menggesa kerajaan menamatkan amalan mengutamakan pelajar Bumiputera bagi program matrikulasi pra-universiti, kononnya bertentangan dengan jaminan Perlembagaan Persekutuan bahawa tiada diskriminasi terhadap setiap warganegara.

“Ia mesti digantikan dengan kuota berasaskan keperluan yang menekankan pencapaian akademik, latar belakang ekonomi dan pertimbangan lain yang berkaitan.

“Program matrikulasi adalah punca utama ketidakpercayaan, oleh itu ia memerlukan semakan dan peningkatan segera oleh kementerian,” kata Leong.

Menyelar kenyataan itu, Ustaz Nasrudin berkata, parti DAP hanya mementingkan kaum Cina untuk pembangunan bangsa mereka.

“Terbukti, agenda DAP adalah untuk kepentingan kaum Cina semata-mata sehingga sanggup merombak dasar dan sistem pendidikan negara yang telah diamalkan secara efektif selama ini.

“PAS mendesak Menteri Pendidikan, Dr Maslee Malik supaya tidak tunduk kepada desakan DAP, sebaliknya fokus kepada meningkatkan mutu pendidikan kepada semua pelajar tanpa mengira kaum selaras dengan kehendak falsafah pendidikan negara, katanya.

Ketika ini, sebanyak 25,000 kapasiti pengambilan pelajar setiap tahun dengan dasar semasa sebanyak 22,500 untuk pelajar Bumiputera dan 2,500 untuk bukan Bumiputera.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close