Berita UtamaDuniaUtama

Serangan Sri Lanka: 87 peledak bom ditemukan di Colombo

National Thowheeth Jama’ath didakwa dalang letupan ragut 290 nyawa

COLOMBO, 16 Syaaban 1440H, Isnin – Polis Sri Lanka telah menemui 87 peledak bom di stesen bas utama di Colombo, susulan serangan di beberapa lokasi di negara itu, semalam.

Penemuan berlaku sehari selepas pengebom bunuh diri menyerang gereja dan hotel sehingga membunuh 290 orang dan mencederakan 500 yang lain.

Polis berkata, 12 peledak ditemukan berselerak di tanah, manakala 75 lagi dalam tong sampah berdekatan Stesen Bas Central Colombo di kawasan Pettah.

Pasukan keselamatan kini memburu dalang di sebalik serangan bom berkenaan.

Bagaimanapun, kerajaan Sri Lanka menyalahkan ekstremis Nasional Thowheed Jama’ath (NTJ) dan mendakwa kumpulan itu melakukan serangan.

Siasatan sedang dilakukan sama ada kumpulan berkenaan mempunyai sokongan antarabangsa.

Akhbar rasmi Sri Lanka, Daily News melaporkan, sejumlah lapan letupan – enam daripadanya meletus pada pagi Ahad, manakala dua lagi pada sebelah petang hari yang sama.

Pada sebelah pagi, gereja di bandar-bandar Kochchikade, Negombo dan Batticaloa serta hotel-hotel Kingsbury, Cinnamon Grand dan Shangri La di Colombo telah menjadi sasaran. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close