Berita UtamaUtama

Serangan keganasan di Sri Lanka melampaui batas kemanusiaan

Agama Islam larang rosakkan rumah ibadat walaupun ketika perang

BANGI, 16 Syaaban 1440H, Isnin – PAS melahirkan rasa simpati dan merakamkan ucapan takziah kepada mangsa serangan pelampau di beberapa lokasi di Sri Lanka, semalam.

Menyifatkannya sebagai tindakan terkutuk, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, insiden itu juga bertentangan dengan ajaran agama Islam yang menuntut umatnya untuk menghormati hak penganut agama lain dan melarang daripada merosakkan rumah ibadat walaupun ketika dalam peperangan.

“PAS menegaskan bahawa toleransi antara agama adalah amat penting bagi mewujudkan keharmonian dalam negara.

“PAS menzahirkan solidariti kepada Sri Lanka untuk mengembalikan keamanan setelah berhadapan dengan serangan terkutuk ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, siri serangan bom menggegarkan beberapa lokasi iaitu Gereja Kochikade, Gereja Katuwapitiya, Shangri-La Hotel, Cinnamon Grand Hotel dan Gereja St Barnabas di Batticaloa di Colombo pada jam 8.30 pagi waktu tempatan.

Letupan bom yang menggegarkan hotel mewah dan gereja di Sri Lanka itu berlaku tatkala penganut Kristian menyambut Easter Sunday.

Polis setakat ini mengesahkan 290 orang terkorban dan 500 yang lain cedera. Pihak polis juga berkata, 24 suspek telah ditangkap, namun pemerintah Sri Lanka belum memaklumkan pihak tertentu sebagai dalang serangan.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close