Berita UtamaDuniaEropahUtama

VIDEO | Wanita muslim dipukul polis cetus kemarahan global

Wanita berhijab ditendang, ditumbuk ketika cuba lindungi gadis lain

AMSTERDAM, 15 Syaaban 1440H, Ahad – Perbuatan anggota polis Belanda yang dirakam menendang dan menumbuk seorang wanita muslim di Utrecht, mencetuskan kemarahan global.

Klip video perbuatan itu mula tersebar menerusi media sosial, menunjukkan wanita berkenaan ditendang perut ketika dia cuba meleraikan tindakan anggota polis itu memukul seorang wanita lain.

Anggota polis itu kemudian menumbuk muka wanita berkenaan.

Insiden itu menyebabkan orang ramai marah terhadap keganasan ke atas wanita, dengan ramai yang mengaitkannya dengan Islamophobia.

Polis Belanda berkata, mereka sedang menyiasat kejadian itu dan berusaha mengesan wanita berkenaan untuk mendapatkan maklumat kejadian.

Bimbang terhadap peningkatan Islamophobia di seluruh negara itu, umat Islam menggesa kerajaan Belanda mengambil langkah lebih ketat mengawal sikap anti-Islam.

Laporan pemantau Islamophobia sebelum ini mendedahkan 364 serangan dan jenayah kebencian terhadap umat Islam berlaku di Belanda pada 2017 lalu. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close