Berita UtamaDuniaUtama

Presiden Sudan disiasat miliki sejumlah besar wang tunai

Jutaan wang AS, euro ditemui selepas tentera geledah rumahnya

KHARTOUM, 15 Syaaban 1440H, Ahad – Presiden Sudan yang digulingkan, Omar al-Bashir sedang disiasat atas pemilikan wang tunai dalam jumlah yang besar tanpa alasan undang-undang, dan disyaki melakukan pengubahan wang haram.

Sumber perundangan yang memberitahu Reuters berkata, pendakwa raya telah mula menyiasat Bashir selepas sejumlah wang tunai yang besar ditemui di rumahnya.

Sumber itu mengatakan bahawa perisikan tentera telah menggeledah rumah Bashir dan mendapati bagasi berisi lebih AS$351,000 dan enam juta euro (AS$6.75 juta), serta lima juta pound Sudan (AS$104,837).

“Ketua Pendakwa Raya Sudan telah mengarahkan presiden (mantan) itu ditahan dan disiasat segera bagi membolehkan dia dibicarakan.

“Bashir akan disoal siasat di penjara Kobardi di sini, di mana dia telah dipindahkan selepas penggulingannya,” kata sumber perundangan itu.

Bashir digulingkan oleh tentera pada 11 April selepas empat bulan protes dilakukan terhadap pemerintahannya.

Susulan itu, dia telah ditangkap di kediaman presiden di dalam kompleks yang juga menempatkan Kementerian Pertahanan.

Bashir, yang mengambil alih pentadbiran negara itu melalui rampasan kuasa tentera pada tahun 1989, juga dikehendaki oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas peranannya dalam pembunuhan beramai-ramai di rantau Darfur, yang dinafikannya. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close