Berita UtamaUtama

Melaka rancang jadikan belon udara panas tarikan pelancong

UPEN setuju Myballoon Adventure Sdn Bhd tawar perkhidmatan

MELAKA, 15 Syaaban 1440H, Ahad – Melaka merancang menawarkan perkhidmatan belon udara panas sebagai tarikan untuk sektor pelancongan negeri itu, menurut Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Melaka.

Dalam satu kenyataan di sini, hari ini, UPEN Melaka memaklumkan syarikat Myballoon Adventure Sdn Bhd (MBA) berhasrat menawarkan perkhidmatan itu berdasarkan keunikan bandar Melaka, selain lokasinya tidak jauh dari Kuala Lumpur yang dijangka akan menarik ramai pelancong untuk menaiki belon udara panas.

“Perkhidmatan penerbangan belon udara panas ini boleh menjadi tarikan baharu untuk sektor pelancongan Melaka yang mana pelancong berpeluang menikmati pemandangan negeri Melaka dari udara.

“Kerajaan negeri menyokong program ini dan berharap ia dapat membantu Melaka mencapai sasaran 20 juta orang pelancong ke Melaka bersempena Tahun Melawat Melaka 2019,” kata kenyataan itu.

MBA telah membuat penerbangan percubaan untuk menentukan kesesuaian kawasan perkhidmatan belon panas itu demi keselamatan penumpang, semalam bermula dari Stadium Hang Jebat menuju ke Klebang, yang mempunyai banyak kawasan lapang untuk pendaratan selamat.

MBA telah menawarkan perkhidmatan penerbangan belon udara panas secara komersial di Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang sejak 2015 dan ia telah berjaya menarik ramai pelancong tempatan dan luar negara.

Pada tahun lepas, MBA telah membawa sebanyak 480 pelancong asing dari 30 buah negara melalui perkhidmatan itu. – Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close