Berita UtamaUtama

Rasuah: Pengurusan tertinggi JPJ Pulau Pinang akan dipanggil

SPRM akan kumpul bahan bukti dan dapatkan beberapa pengesahan

KAJANG, 14 Syaaban 1440H, Sabtu – Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang dan pengurusan tertinggi JPJ negeri itu akan dipanggil untuk membantu siasatan kes rasuah membabitkan kakitangan jabatan itu sekiranya perlu.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki berkata, pegawai-pegawai kanan JPJ Pulau Pinang yang disyaki terlibat dalam kes ini akan dipanggil jika didapati terlibat hanya selepas SPRM selesai mengambil keterangan daripada kakitangan yang ditangkap sebelum ini.

“Kami akan mengumpul bahan-bahan bukti serta mendapatkan beberapa pengesahan, kalau kita perlu, pegawai-pegawai kanan JPJ terlibat dipanggil dalam kes ini.

“Mereka (Pengarah JPJ Pulau Pinang dan pengurusan tertingginya) kebiasaannya akan dipanggil selepas kami selesai rakam keterangan pegawai JPJ yang disyaki terlebih dahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan pertandingan menembak antara Unit Komunikasi Korporat agensi penguat kuasa tahun 2019 di lapang sasar Maktab Penjara Kajang, di sini.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close