Berita UtamaUtama

Rasuah: 23 penguat kuasa JPJ beri keterangan kepada SPRM

Semua suspek dipercayai terima RM10,000 ke RM32,000 sebulan

GEORGETOWN, 14 Syaaban 1440H, Sabtu – 23 penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dipercayai terbabit kegiatan rasuah melindungi pemandu-pemandu lori yang melakukan kesalahan jalan raya, hari ini menjalani proses rakaman percakapan bagi membantu siasatan.

Mereka diarah hadir ke Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang di Jalan Sultan Ahmad Shah pada jam 8 pagi tadi, lapor Berita Harian.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki turut mengesahkan perkara itu.

Difahamkan, semua suspek dijangka direman di Mahkamah Majistret pada jam 10 pagi, esok.

Sebelum ini, sumber SPRM memberitahu, kesemua pegawai penguat kuasa JPJ gred 19 hingga 32 daripada Pejabat JPJ Pulau Pinang dipercayai menerima bayaran antara RM10,000 ke RM32,000 secara bulanan sebagai dorongan tidak mengambil tindakan terhadap pemandu-pemandu lori terbabit selain turut membocorkan maklumat operasi JPJ.

“Wang yang diterima tersebut dipercayai untuk pegawai kanan JPJ bagi tujuan hiburan,” katanya.

Sumber itu juga berkata, kumpulan lori-lori yang dilindungi tersebut dibekalkan dengan pelekat khas yang disediakan oleh tonto supaya mereka mudah dikenal pasti sekali gus kebal daripada tindakan penguat kuasa.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close