Berita UtamaUtama

Kenali 41 NGO pro LGBT fitnah Jakim: Dr Sanusi

Kenyataan mereka seolah-olah Jakim diskriminasi golongan LGBT

1. SETELAH ramai muslim membantah kenyataan Numan Afifi yang memperjuangkan LGBT dan memfitnah JAKIM dalam persidangan UNHRC di Geneva baru-baru ini, tiba-tiba muncul 41 NGO yang berpakat mengeluarkan sokongan terhadap kenyataan Numan Afifi tersebut.

2. Kenyataan sokongan mereka telah diterbitkan oleh akbar Malaymail. Dalam kenyataan tersebut, mereka turut mengeluarkan bukti-bukti yang menjelaskan bagaimana program anjuran JAKIM tersebut dikatakan mempunyai unsur keganasan anjuran kerajaan (state-sponsored violence).

3. Berikut adalah senarai program anjuran JAKIM yang dikatakan mempunyai elemen keganasan terhadap LGBT iaitu:

a. Program ‘Ilaj Wa Syifa’. Program kesukarelawanan bagi pemulihan LGBT.

b. Program Mukhayyam JAKIM. (Program kesedaran terhadap peningkatan pengidap HIV/AIDS dikalangan golongan transgender)

c. Seminar dan Bengkel tentang LGBT

d. Buku e-book JAKIM yang berjudul: Memahami LGBT dari Perspektif Seorang Muslim

e. Pelan Strategik 5 Tahun JAKIM dalam usaha Pemulihan LGBT.

6. Kelima-lima program dan perancangan anjuran JAKIM ini dikatakan mempunyai unsur keganasan terhadap golongan LGBT. Kenyataan mereka menggambarkan seolah-oleh program di atas menganiaya dan mendiskriminasi golongan LGBT.

7. Kesemua 41 NGO ini telah turut bersepakat untuk membantah WAFIQ dan MACSA, dua pertubuhan NGO Islam yang menuntut Numan Afifi memohon maaf kepada JAKIM.

8. Saya berharap agar tuan-puan semua boleh mengingati dan mengenal pasti, setiap 41 NGO yang menyokong LGBT ini. Mereka adalah kumpulan yang bersetuju dengan Numan Afifi yang telah mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap JAKIM ini. Berikut adalah senarai kesemua mereka seperti yang disenaraikan oleh akkbar Malaymail:

1. Justice for Sisters
2. Queer Lapis
3. Seksualiti Merdeka
4. Malaysian Atheists and Secular Humanists
5. Parti Sosialis Malaysia
6. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
7. Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER)
8. Projek Ilmu Seks
9. L-INC Foundation
10. Beyond Borders
11. PLUHO, People Like Us Hang Out!
12. PLUsos (People Like Us Support Ourselves)
13. PELANGI Campaign
14. Our Journey, Malaysia
15. KLSCAH Youth
16. KL Queer Women Discussion Group
17. The Malaysian Feminist
18. Transmen of Malaysia
19. All Women Action Society (AWAM)
20. The Society for the Promotion of Human Rights (PROHAM)
21. Tenaganita
22. North South Initiative (NSI)
23. Foreign Spouses Support Group (FSSG)
24. Community Development Centre (CDC)
25. Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
26. Center of Excellence for Research in AIDS (CERIA)
27. Queer Academics, Students and Supporters Alliance (QUASSA)
28. Persatuan Sahabat Wanita Selangor (PSWS)
29. Diversity
30. Malaysian AIDS Council (MAC)
31. Malaysia Muda
32. PT Foundation
33. SEED Malaysia
34. Pertubuhuan Kebajikan dan Kesihatan Umum (PPKUM)
35. BIKAR ALAM
36. BENTARAKATA
37. Knowledge and Rights with Young people through Safer Spaces (KRYSS)
38. GERAK (Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia)
39. Women Center for Change (WCC)
40. Women’s Aid Organization (WAO)
41. ASEAN SOGIE Caucus

Moga Allah menyelamatkan Malaysia dari persatuan-persatuan yang menyokong kemungkaran.

Dr Ahmad Sanusi Azmi
Oxford Centre for Islamic Studies

Penafian: Artikel ini adalah pendapat penulis dan tidak ada kaitan dengan Ismaweb.net atau Media Isma Sdn Bhd.

Sumber berita: https://www.malaymail.com/news/what-you-think/2019/04/19/evidence-of-state-sponsored-violence-and-discrimination-against-lgbt-person/1744959?utm_source=FBdlvr&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR0_jDZsx26qILqaeYAHgoqZ6QhjVaxSdqZt7J-30h3K2Wnl2KJAXO352X8

 

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close