Berita Utama

Cadangan kurang saiz penjawat awam tak jejas kuota OKU

Kerajaan akan penuhi dasar 1 peratus OKU dalam perkhidmatan awam

KUALA LUMPUR, 14 Syaaban 1440H, Sabtu – Cadangan kerajaan untuk mengurangkan saiz penjawat awam tidak akan menjejaskan dasar satu peratus penyertaan orang kurang upaya (OKU) dalam perkhidmatan awam.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, jawatan yang telah dikhususkan untuk OKU akan tetap dikekalkan.

“Kita (kerajaan) hendak ramai lagi OKU menyertai perkhidmatan awam. Sekarang ini pun belum lagi penuh (satu peratus) jadi tempat-tempat yang boleh dikhususkan untuk OKU kita kekalkan,” katanya kepada pemberita selepas majlis Anugerah Pencapaian Kecemerlangan Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB) 2017/2018, di sini hari ini.

Beliau berkata, kerajaan juga memberi tumpuan untuk memenuhi sasaran dasar satu peratus OKU dalam perkhidmatan awam sebelum merancang untuk meningkatkan sasaran itu.

Selain itu, katanya, pelbagai usaha diambil kerajaan bagi menggalakkan penyertaan golongan OKU dalam sektor swasta termasuk pengecualian cukai terhadap majikan yang mengeluarkan belanja untuk keperluan pekerja OKU.

 

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close