Berita UtamaIstimewaUtama

‘Boikot produk berkaitan LGBT’

Pengamal seks songsang guna pendekatan ilmiah manipulasi agama

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 14 Syaaban 1440H, Sabtu – Pendedahan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bahawa pengamal seks songsang kini mencecah 310,000 bukan sahaja amat membimbangkan, malah dikhuatiri akan merosakkan masyarakat jika tidak dikawal.

Pensyarah Hukum Islam Semasa, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Dr Saadan Man kesal apabila persepsi bahawa lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) tidak menyalahi syariat agama, juga giat ditanam dalam pemikiran masyarakat.

Katanya, pelbagai tafsiran songsang digunakan secara intensif dan manipulatif bagi meyakinkan pengikut mereka, malah ada juga cubaan menggunakan pendekatan ilmiah dengan memanipulasikan ajaran agama secara salah.

Dr Saadan yakin elemen LGBT turut tersebar secara tidak langsung melalui promosi produk kosmetik yang dimiliki oleh usahawan yang mempunyai jutaan pengikut di media sosial mereka.

“Iklan produk lelaki pondan memakai mahkota, tayang aurat di media sosial sebagai teknik pemasaran bagi melariskan jualan, kini berleluasa tanpa kawalan pihak berkuasa. Jalan terbaik boikot produk mereka dan sekatan oleh agensi komunikasi,” katanya menulis di Berita Harian, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, LGBT juga kerap menggunakan lorong hak asasi sebagai wasilah perjuangan dan banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pembela golongan ini ditubuhkan, sama ada secara tersurat atau tersirat.

Katanya, mereka menggunakan saluran antarabangsa untuk memberi tekanan terhadap negara bagi membenarkan semua tuntutan luar tabii.

“NGO sebegini ini tidak wajar dibiarkan bebas. Malaysia mempunyai undang-undang untuk mendakwa jenayah homoseksual sama ada melalui sivil atau syariah.

“Seksyen 377 Kanun Keseksaan boleh digunakan bagi mendakwa pasangan terbabit homoseksual, manakala bagi masyarakat Islam, jenayah liwat dan musahaqah boleh didakwa di bawah Enakmen Jenayah Syariah melalui Seksyen 14 dan 15,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close