Uncategorized

Adakah kenyataan Kian Ming keputusan rasmi Kabinet?

Pembersihan penjawat awam bukti DAP kuasai kerajaan

Oleh Fazleen Safina

BANGI, 14 Syaaban 1440H, Sabtu – Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dr Ong Kian Ming, daripada parti rasis DAP, mengatakan bahawa kerajaan masih melakukan dan meneruskan ‘pembersihan’ ke atas penjawat awam.

Oleh itu, kerajaan di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) perlu menyatakan adakah kenyataan Kia Ming itu adalah keputusan rasmi Kabinet atau tidak, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, hari ini.

Dalam satu kenyataan, beliau mempersoalkan, jika ia adalah keputusan Kabinet, mengapa perkara itu diumumkan oleh seorang timbalan menteri dan bukan perdana menteri, timbalan perdana menteri atau menteri sendiri.

Namun, beliau berkata, jika kenyataan Kian Ming ini bukan keputusan rasmi Kabinet, beliau sepatutnya dikenakan tindakan kerana melampaui bidang kuasa diberi.

“Kenyataan Dr Ong Kian Ming ini menguatkan lagi persepsi di kalangan rakyat bahawa Kerajaan kini dikuasai oleh DAP kerana sejak dulu lagi, pemimpin DAP diketahui tidak senang dengan penjawat awam seperti tertera dalam kenyataan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua, pada 25 Oktober 2016 bahawa penjawat awam membebankan kerajaan.

“Penjawat awam, sama ada dari perkhidmatan awam am Persekutuan, angkatan tentera, pasukan polis, perkhidmatan kehakiman dan perundangan, perkhidmatan pendidikan dan perkhidmatan awam bersama adalah golongan profesional yang berkecuali dan memberi sumbangan amat besar kepada pentadbiran dan pembangunan negara,” katanya.

Asyraf Wajdi berkata, kedudukan penjawat awam adalah dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan dan mereka tidak boleh dibuang kerja atau diturunkan pangkat secara sesuka hati.

Katanya, garis panduan mengenai larangan dan kebenaran ke atas penjawat awam untuk mengambil bahagian dalam aktiviti politik diperuntukkan dengan jelas dalam Seksyen 21 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) 2002, tetapi mengikut Sub-Seksyen 5 tidak menjadi kesalahan untuk mereka menjadi ahli biasa parti politik.

“Kerajaan Barisan Nasional sewaktu memerintah dahulu, sudah lama menyedari bahawa sebahagian penjawat awam menjadi ahli biasa parti politik Pakatan Rakyat dan Pakatan Harapan serta menyokong dan mengundi Pakatan Rakyat dan Pakatan Harapan, tetapi BN tidak pernah menzalimi mereka semata-mata kerana pegangan politik mereka.

“Kenyataan Dr Ong Kian Ming ini adalah bukti jelas Pakatan Harapan menzalimi penjawat awam malah seperti mahu mencabar kuasa Yang di-Pertuan Agong seperti yang termaktub dalam Perkara 132 (2A) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan penjawat awam memegang jawatan selama diperkenankan oleh Baginda,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close