Berita UtamaIstimewaUtama

Tukar kasut putih kepada hitam pun ada kos, kata Asyraf Wajdi

Penjenamaan semula elak kaitan kerajaan lama babitkan perbelanjaan

BANGI, 13 Syaaban 1440H, Jumaat – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, menegur tindakan kerajaan Malaysia di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) dimonopoli parti rasis DAP, yang menjenamakan semula beberapa projek kerajaan terdahulu.

Beliau mempersoalkan sama ada tindakan kerajaan itu bijak atau sebaliknya, tatkala keadaan ekonomi negara yang semakin meruncing, dan rakyat pula diminta berjimat.

“Jangan ingat menukar label atau jenama sekadar menurunkan billboard atau papan tanda lama kepada yang baru begitu sahaja.

“Pastinya akan melibatkan kos jutaan bahkan mungkin mencecah puluhan atau ratusan juta kerana segala apa yang melibatkan jenama lama pasti diubah

“Cuba bayangkan senarai panjang berikut yang mahu dijenamakan semula oleh Kerajaan Pakatan Harapan hanya kerana tidak mahu terkait dengan kerajaan lama,” katanya dalam kenyataan di Facebook beliau.

Beliau menyenaraikan beberapa projek kerajaan pentadbiran Barisan Nasional (BN) yang diubah seperti:

Permata = Genius
Klinik 1Malaysia = Klinik Komuniti
RTC = Pusat Komuniti Desa
KPDNKK = KPDNHEP
AES = AWAS
SPAD = APAD
MVV = MVV 2.0
JKKK = MKKK
Caj Tol = Caj Kesesakan
KADS1M = BPPT
Amanah Saham 1Malaysia = Amanah Saham Malaysia 3
KR1M = HopeMart
BR1M = BaSaH
Kasut putih = Kasut Hitam

Asyraf turut memuat naik gambar yang menunjukkan papan tanda Klinik 1Malaysia di Wakaf Baru, Kuala Nerus, diturunkan dan diganti dengan papan tanda Klinik Komuniti.

Pada Oktober tahun lalu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, 293 Klinik 1Malaysia akan dijenamakan semula sebagai Klinik Komuniti, manakala 34 lagi ditutup secara berperingkat.

Beberapa hari lalu, kerajaan turut mengubah nama Program Permata Pintar (Permata) kepada Genius.

Dalam perkembangan terbaharu, tular pula surat mengenai keputusan kerajaan PKR Selangor untuk menukar nama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang, kononnya disebabkan kedudukannya adalah di Sepang.

Sibuk tukar nama, apa kesan kepada rakyat?Daripada sibuk tukar nama sana sini, lebih baiklah fikirkan bagaimana nak…

Posted by Kelab Che Det on Khamis, 18 April 2019

Susulan tular surat berkenaan, Facebook Kelab Che Det – laman menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad yang diwujudkan sejak 2011 dan mempunyai 1,531,842 pengikut serta 1,435,576 (menyukai) – mempersoalkan rancangan menukar nama KLIA.

“Sibuk tukar nama, apa kesan kepada rakyat? Daripada sibuk tukar nama sana sini, lebih baiklah fikirkan bagaimana nak tambah baik keberkesanannya.

“Dengan tukar nama, berapa banyak pelawat boleh ditambah? Apakah turn around time mampu dikurangkan? Sekarang, pengguna perlu berjalan sampai berkilometer di KLIA 2 untuk sampai ke kawasan “gate”.

“Di KLIA 1 pula suasana suram, dah 20 tahun apa yang berubah? Bila airport kita boleh mampu setaraf seperti airport jiran sebelah? Kita bina KLIA2. Nama sahaja “KLIA” tapi hakikatnya ia adalah standalone airport. Tidak menghubungkan antara satu sama lain,” kata pengendali laman itu.

Merdeka PNB118 yang dalam pembinaan bakal menjadi bangunan tertinggi di Malaysia apabila siap pada 2021.

Pada masa sama, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut menyindir PH mengenai pembinaan bangunan tertinggi di Malaysia – Merdeka PNB118.

“118 tingkat, 644 meter, 10,000 pekerjaan. Mercu tanda baru Malaysia. Bakal bangunan tertinggi Malaysia. Bila? Dijangka siap 2021.

“Itu pun jika orang tertentu tak simpan dendam, tak robohkan. Satu hari nanti, Insya-Allah. Saya harap saya dapat bersama rakyat melihat Merdeka PNB118 tersergam megah di bumi Malaysia.

Tapi tak mustahil bakal ditukar nama baru pulak. Itu kemahiran Kerajaan PH,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close