Berita UtamaUtama

RON97 naik lagi 12 sen

Harga RON95, diesel tidak berubah: Kementerian Kewangan

BANGI, 13 Syaaban 1440H, Jumaat – Harga runcit petrol bagi produk RON97 naik sebanyak 12 sen seliter kepada RM2.80 seliter bermula tengah malam ini sehingga 26 April depan.

Sementara, harga runcit RON95 dan diesel masing-masing kekal pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter, berdasarkan pengumuman Kementerian Kewangan hari ini.

Harga baharu itu berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

Kementerian berkata, kenaikan ini adalah berikutan harga produk petroleum yang diproses (refined product) di pasaran dunia yang telah menunjukkan trend peningkatan sehingga melebihi paras AS$80 setong.

“Berdasarkan pengiraan di bawah formula APM, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel sepatutnya naik 12 sen seliter daripada RM2.38 seliter kepada RM2.50 seliter, dan naik 7 sen seliter daripada RM2.39 seliter kepada RM2.46 seliter masing-masing.

“Namun, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh di atas adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter, selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close