Berita UtamaUtama

‘Pemutihan penjawat awam’ serlah sikap gila kuasa DAP

DAP kuat memaksa supaya doktrin peralat jentera kerajaan terlaksana

Oleh Fazleen Safina

BANGI, 13 Syaaban 1440H, Jumaat– Ahli politik Pakatan Harapan (PH) khususnya parti DAP, dilihat berkelakuan angkuh apabila cuba memperlekeh penjawat awam sehingga menyerlahkan sikap gila kuasa dan tidak matang.

Dipercayai merujuk kepada Ong Kia Ming, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim berkata, sikap pemimpin DAP itu beralaskan skeptikal, apabila mendakwa penjawat awam berpihak pada kerajaan sehingga perlu diadakan ‘pemutihan’.

“Tidak keterlaluan dikatakan ianya adalah cubaan balas dendam dan desakan untuk memperbudakkan penjawat awam selaku tunjang penting negara.

“Malah, ia satu bentuk campur tangan tidak profesional dalam konteks pengasingan kuasa antara Legislatif, Eksekutif dan Kehakiman yang sepatutnya dipraktikkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rabu lalu, Kia Ming yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkata, kerajaan akan meneruskan ‘proses pemutihan’ dalam perkhidmatan awam.

Katanya, beliau tidak berhadapan dengan masalah untuk bekerjasama dengan kakitangan di MITI, namun kementerian lain masih berdepan kesukaran.

“Saya tidak nafikan kementerian lain seperti Kementerian Komunikasi dan Multimedia memang ada cabaran yang lebih berat kerana ada ramai orang yang lebih berpihak kepada kerajaan lalu dan kita kita masih buat cleaning up process (proses pembersihan),” kata Kia Ming.

Mengulas lanjut, Hishamuddin berkata, kenyataan pemimpin DAP itu bukan sahaja mencabul semangat demokrasi, bahkan petunjuk betapa DAP kuat memaksa supaya doktrin atau agendanya terlaksana dengan memperalatkan jentera kerajaan.

“Walhal, para penjawat awam diyakini bekerja menurut ketetapan peranan, tanggungjawab dan kemahiran mereka, serta setia mendukung hala tuju negara berteraskan Perlembagaan Persekutuan.

“Bukan menjadi keldai politik, yang bertindak atas kepentingan dan muslihat tidak absah serta berlawanan hasrat pertiwi Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, ahli politik selaku pemimpin kerajaan seharusnya mengeratkan hubungan dengan penjawat awam, supaya dapat bekerjasama dan saling melengkapi antara satu sama lain, selain mengelakkan kebencian yang boleh menggagalkan pembangunan negara kita.

“Kami (pembangkang), turut menyedari dan mengakui masih terdapat banyak pembaikan diperlukan atas perkhidmatan awam sebagai pihak penyampai, antara kerajaan dan rakyat.

“Namun, bukan dilakukan sewenangnya dan mengenepikan prosedur termaktub, apatah lagi seakan saling bermusuhan antara satu sama lain,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close