Berita UtamaUtama

MARA tak lantik pihak ketiga iklankan jawatan kosong

Pelbagai pihak perdaya orang ramai dengan kaitkan nama MARA

KUALA LUMPUR, 13 Syaaban 1440H, Jumaat – Majlis Amanah Rakyat (MARA) tidak pernah melantik mana-mana pihak ketiga, bagi mempromosi atau mengiklankan jawatan kosong, seperti yang tular di media sosial.

MARA dalam satu kenyataan berkata, semua urusan berkaitan iklan jawatan kosong adalah diuruskan oleh agensi itu sepenuhnya.

“Bagaimanapun, sentiasa wujud cubaan pelbagai pihak untuk memperdayakan orang ramai dengan mengaitkan nama MARA,” katanya.

Baru-baru ini, tular pengguna media sosial Facebook menerusi akaun ‘Jawatan Sektor Kerajaan’ mengiklankan jawatan kosong MARA, kononnya sebagai agen mewakili MARA untuk menawarkan kerja kosong.

Sehubungan itu, MARA menasihati orang ramai agar tidak mudah percaya akan sebarang maklumat yang disebarkan melalui media sosial.

Orang ramai yang ingin mendapatkan sebarang maklumat termasuk kerja kosong MARA boleh layari daripada laman web rasmi MARA: www.mara.gov.my.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close