Berita UtamaUtama

Sentimen lemah heret turun RM

Ringgit ditutup susut kepada 4.1400 berbanding satu dolar AS

KUALA LUMPUR, 12 Syaaban 1440H, Khamis – Ringgit meneruskan aliran harga menurunnya untuk ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini, dipengaruhi oleh sentimen pasaran yang lemah terhadap mata wang tempatan berikutan penurunan harga minyak mentah, kata para peniaga.

Pada jam 6 petang, ringgit susut kepada 4.1400 / 1450 berbanding dolar AS daripada 4.1330/1360 pada penutupan Rabu.

Seorang peniaga berkata minat pengurus dana untuk mengambil risiko kekal rendah ekoran kebimbangan mengenai potensi hutang Malaysia dikeluarkan daripada Indeks Bon Kerajaan Dunia FTSE, dengan potensi penurunan penarafan.

“Kebimbangan mengenai potensi baharu pengaliran keluar ke atas bon Malaysia membelenggu sentimen dalam pasaran, dengan ramai pelabur enggan mengambil bahagian,” katanya kepada Bernama.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AmBank (M) Bhd, Datuk Sulaiman Mohd Tahir hari ini menyuarakan keyakinannya bahawa kerajaan tidak akan membiarkan potensi penurunan oleh FTSE Russell dan penarikan keluar dana kekayaan Norway daripada bon kerajaan Malaysia, menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara.

Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan SME Biz Start Up-i di AmBank dan Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd di sini, beliau berkata, banyak pembabitan dan perbincangan akan dijalankan.

Sementara itu, ringgit didagangkan kebanyakannya lebih tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0535/0584 daripada 3.0551/0583 pada Rabu, mengukuh berbanding pound British kepada 5.3853/3935 daripada 5.3890/3946, dan tinggi berbanding euro kepada 4.6579/6640 daripada 4.6736/6774.

Mata wang tempatan bagaimanapun rendah berbanding yen Jepun kepada 3.6991/6039 daripada 3.6892/6925 semalam. – Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close