Berita UtamaUtama

Pergolakan Sudan: 95 pelajar kita selamat di Rumah Malaysia

Semua universiti masih ditutup, pelajar dinasihat ikut arahan kedutaan

BANGI, 12 Syaaban 1440H, Khamis – 95 pelajar Malaysia yang berlindung sementara di kediaman rasmi Duta Besar di Syarik Riyard, berada dalam keadaan selamat susulan pergolakan politik Sudan baru-baru ini.

Kedutaan Malaysia di Khartoum berkata, jumlah keseluruhan pelajar Malaysia seramai 101 orang pada awalnya telah berkurang kepada 95 orang sahaja, selepas tujuh lagi pulang ke tanah air.

“Kesemua pelajar kini telah ditempatkan di Rumah Malaysia atas faktor keselamatan.

“Education Malaysia Mesir (EME) telah dimaklumkan bahawa kesemua universiti kini masih ditutup manakala tarikh dibuka semula masih belum diketahui,” katanya dalam kenyataan media Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini.

Terdahulu, kerajaan Sudan telah mengeluarkan pengisytiharan darurat selama tiga bulan sejak 12 April lalu, sekali gus penutupan sementara Lapangan Terbang Antarabangsa Khartoum selama tempoh 27 jam pada Khamis.

Justeru, EME akan terus memantau perkembangan terkini daripada Kedutaan Besar Malaysia Khartoum dan Persatuan Mahasiswa Malaysia Sudan bagi menyediakan bantuan sekiranya diperlukan mereka.

“Semua pelajar Malaysia di Sudan dinasihatkan agar sentiasa mengikuti arahan keselamatan yang dikeluarkan pihak kedutaan dari semasa ke semasa,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close