Asean/Asia-PasifikBerita UtamaDuniaUtama

Kumpulan pemisah serang bas di Pakistan, 14 ditembak mati

Puak pemisah mengaku bertanggungjawab, nafi sasar orang awam

ISLAMABAD, 12 Syaaban 1440H, Khamis – Sekurang-kurangnya 14 orang ditembak mati selepas sebuah bas diserang di kawasan terpencil di Ormara, barat daya wilayah Balochistan, Pakistan, hari ini, lapor media antarabangsa.

Jurucakap Kementerian Penerangan, Zahoor Buledi berkata, penumpang diarah turun dan dibawa ke satu lokasi, sebelum ditembak mati awal pagi tadi waktu tempatan.

“Setelah memeriksa kad pengenalan dan kad pekerja, mereka yang bukan penduduk tempatan Balochistan dibawa ke satu kawasan berdekatan pergunungan, tangan diikat dan kemudian ditembak,” katanya.

Setiausaha Dalam Negeri di wilayah itu, Haider Ali berkata, lebih 20 penyerang berpakaian separa tentera terbabit dalam serangan itu.

Pegawai tentera laut dan seorang pengawal pantai Pakistan, adalah antara mereka yang dibunuh, katanya.

Kumpulan pemisah Balochistan mengaku bertanggungjawab dalam serangan itu, tetapi menafikan mereka menyasarkan orang awam, sebaliknya hanya bertindak ke atas anggota tentera laut dan pengawal pantai.

Balochistan yang bersempadan dengan Afghanistan dan Iran adalah wilayah termiskin di Pakistan, dengan kumpulan pemisah dan pejuang Islam, aktif bergerak di situ.

Pegawai kesihatan tempatan yang melakukan pemeriksaan ke atas mayat mangsa, mendapati mereka ditembak di kepala.

Bas itu membawa penumpang dari bandar pelabuhan Gwadar ke Karachi yang jaraknya kira-kira 630 kilometer, dan terpaksa melalui lebuh raya yang panjang, selain beberapa kawasan terpencil. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close