Berita UtamaUtama

FB ‘Sabah-Sarawak Merdeka’ ubah nama, terus hina YDPA

Sabah Sarawak Merdeka dipercayai dimiliki individu sama

BANGI, 12 Syaaban 1440H, Khamis – Laman Facebook (FB) yang menghina Yang di-Pertuan Agong (YDPA) didapati muncul semula sejak dua hari lalu, selepas dilaporkan disekat.

Akaun baharu itu hanya membuang tanda sempang bagi perkataan Sabah-Sarawak menjadi Sabah Sarawak Merdeka didapati aktif semula sejak Selasa lalu, dengan mempunyai 128 pengikut, dan 112 menyukainya.

Seperti sebelum ini, akaun terbaharu itu, dipercayai dimiliki individu sama, juga memaparkan gambar edit menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Setakat ini, laman FB berkenaan memuat naik sekurang-kurangnya sembilan gambar edit Yang di-Pertuan Agong, dan lapan artikel mengenai kedudukan Sabah dan Sarawak di dalam Malaysia.

Difahamkan, pihak Facebook telah menyekat laman asal Sabah-Sarawak Merdeka, susulan aduan orang ramai. Namun, sehingga berita ini ditulis laman yang baru wujud 16 April lalu masih kekal walaupun ada netizen membuat aduan kepada Facebook.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahkan polis menerima 209 aduan berhubung kenyataan jelik pemilik akaun FB Sabah-Sarawak Merdeka terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Katanya, pihak polis juga mempergiatkan usaha mengenal pasti dan mengesan pemilik akaun Facebook terbabit.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan dan pihak bertanggungjawab boleh ditahan dan denda lebih RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Jumaat lalu, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan Bukit Aman menyiasat dan mengambil tindakan serius ke atas pihak yang bertanggugjawab itu.

Kerajaan sebelum ini gagal meminda Fasal (2) Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan apabila dalam undian belah-bahagi, hanya 138 Ahli Parlimen mengundi untuk meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019 bagi Perkara 1(2) di Dewan Rakyat, 9 April lalu.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close