Berita UtamaIstimewaUtama

‘Fahami toleransi Islam, Melayu’

Di Kelantan ada 'sleeping Buddha', 'sitting Buddha' lagi tinggi daripada pokok kelapa. Penganutnya tak sampai lima peratus pun: Ridhuan Tee

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, 11 Syaaban 1440H, Rabu – “Di negara mana kalian dapat melihat toleransi agama setinggi toleransi bangsa Melayu terhadap agama-agama lain yang diamalkan di negara ini?.”

Demikian kata pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah ketika berbicara mengenai isu ‘Fenomena Hina Agama – Antara Tanggungjawab Sivil dan Hak Kebebasan Bersuara’ yang diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), hari ini.

Beliau yang juga Pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) itu berkata, beliau tidak berniat untuk memperkecil atau menghina bangsa yang lain, namun orang ramai perlu membuka mata bagi melihat sejauh mana toleransi orang Melayu terhadap bangsa lain.

“Cuba lihat toleransi yang telah diberikan oleh satu bangsa yang namanya Melayu ini. Pergi tengok di Kelantan, berapa puluh tahun di sana PAS memerintah.

“Tengok di sana ada Sleeping Buddha, Sitting Buddha lagi tinggi daripada pokok kelapa. Sedangkan penganut Buddha di sana tidak sampai lima peratus pun. Saya boleh cakap kerajaan PAS telah terlebih Buddha daripada penganut Buddha itu sendiri,” katanya.

Ekoran itu, beliau meluahkan rasa hairan apabila ada pihak yang mendakwa Malaysia akan menjadi seperti Afghanistan yang diperintah Taliban sekiranya pakatan UMNO-PAS berkuasa.

“Ini menunjukkan bahawa mereka tidak dapat memahami bangsa Melayu yang cukup baik berbanding bangsa lain. Saya kena bagi tahu hakikat sebenar walaupun hati ini pedih.

“Cuba kita pergi kira rumah ibadat Islam. Masjid dan surau yang berdaftar hanya ada 30,000. Tetapi rumah ibadat bukan Islam ada lebih kurang setengah juta. Kalau tak percaya pergi kira.

“Di Rantau saja berapa banyak rumah ibadat bukan Islam. Tuan-tuan nak dapat mana toleransi, kebaikan orang Melayu ni,” katanya.

Bahkan, katanya, sehinggakan ibadat korban haji sekalipun, dek kerana terdapat protes daripada penganut Hindu berhubung ibadah sembelih lembu, maka ia tidak lagi disiarkan di kaca televisyen.

“Di TV tiada lagi dah tunjuk sembelih lembu. Hanya tunjuk bagaimana edar daging korban.

“Lihatlah bagaimana mereka dapat memahami sebenarnya hati naluri dan cara hidup kaum yang terdapat di negara ini,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta agar sebarang perkara yang berkaitan dengan agama dan orang Islam, tidak diganggu gugat oleh pihak tidak berkaitan.

“Jangan campur tangan, bab tabung haji ke apa ke. Jangan. Tuan tuan saya minta, apa- apa berkaitan dia (orang Islam dengan Tuhan dengan nabinya, jangan masuk campur. Sampai melukis gambar nabi pun kita tak benarkan. Walaupun kita sangat dekat dengan nabi.

“Bukan saya nak mencari sengketa dengan orang lain. Tapi cuba fahami kadar toleransi yang begitu baik dalam orang Melayu,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close