Berita UtamaUtama

VIDEO | Remaja mengadu sakit kepala maut terjatuh tingkat 7

KUALA LUMPUR, 10 Syaaban 1440H, Selasa – Seorang remaja berusia 15 tahun yang demam sejak tiga hari lalu, maut selepas terjatuh dari tingkat tujuh Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Damansara, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 petang itu, mangsa Khorilsyahrulnizam Che Norizam mengadu pening kepala kepada bapanya yang baru pulang dari tempat kerja.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din berkata, bapa mangsa Che Norizam Epon, 48, kemudian meminta anaknya itu tidur sementara dia ke bilik air.

“Bapa mangsa terdengar bunyi dentuman kuat dan melihat isterinya tergesa-gesa masuk ke rumah. Apabila ditanya, isteri memberitahu anaknya telah jatuh ke bawah.



“Menyedari kejadian itu, bapa mangsa segera turun dan mendapatkan anaknya yang cedera parah di kepala serta badannya yang berlumuran darah,” katanya.

Beliau berkata, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sungai Buloh sebelum disahkan meninggal dunia.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan berhubung kes ini,” katanya.

Rakaman berdurasi 18 saat memaparkan mangsa yang hanya berseluar jeans berada di aras bawah PPR itu tular di laman sosial hari ini. – Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close