Berita UtamaUtama

Tukar Permata dengan nama baharu rugikan negara

Kerajaan patut tumpu kepada penambahbaikan seperti dibuat BN

BANGI, 10 Syaaban 1440H, Selasa – Penjenamaan semula Program Permata Negara (Permata) kepada Genius akan merugikan negara kerana membabitkan kos yang sangat besar, kata Timbalan Ketua UMNO Bandar Tun Razak, Adnan Seman.

Menyifatkan tindakan itu sebagai satu pembaziran, Adnan berkata, semua material yang digunakan perlu dicetak semula selain semua papan tanda atau apa sahaja yang menggunakan perkataan Permata perlu diubah.

Beliau berkata, kerajaan Pakatan Harapan (PH) sewajarnya menumpukan kepada penambahbaikkan program atau membuat cetusan idea baru seperti yang dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini supaya dapat melihat kemajuan.

“Kita memahami bahawa kerajaan PH tidak mahu dilihat mengakui kejayaan dan pencapaian kerajaan BN apatah lagi program-program yangg telah terbukti berjaya pelaksanaannya dan penghasilannya yang selama ini walaupun sebelum PRU14 dikecam dengan pelbagai kecaman. Jadi takkan mereka nak jilat balik ludah mereka.

“Namun dalam pendidikan anak-anak janganlah ianya turut dipolitikkan. Sekiranya pendidikan pun hendak dipolitikkan sehinggakan nama Permata pun menjadi masalah besar, maka kita memang wajar berasa sedih dan jijik dengan tahap politik sebegini,” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mengumumkan Program Permata Negara (Permata) dijenamakan semula dengan diberi nama baharu, Genius.

Beliau berkata, Kabinet membuat keputusan itu untuk menjadikannya lebih berdaya saing dan bersemangat tinggi.

Permata diperkenalkan pada 2007, yang juga cetusan idea dan inisiatif isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close