Berita UtamaUtama

Hutang meningkat tanda Guan Eng cekap urus ekonomi?

Sikap menteri kewangan suka putar belit fakta tidak baik untuk negara

BANGI, 10 Syaaban 1440H, Selasa – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah mendakwa hutang negara meningkat sebanyak RM98.4 bilion sejak kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pemerintahan Malaysia.

Dakwanya, hutang negara terus meningkat kepada RM785.2 bilion disebabkan ketidakcekapan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengurus ekonomi Malaysia berbanding yang ditinggalkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 9 Mei tahun lalu iaitu sebanyak RM686.8 bilion.

“Bayangkan, pasti jumlah hutang Malaysia di bawah kerajaan PH akan terus meningkat jika Guan Eng terus meminjam. Jumlah ini belum dicampur RM82 bilion yang kerajaan PH ambil daripada Petronas.

“Apakah Lim Guan Eng cekap mengurus ekonomi?” soal beliau dalam satu kenyataan.

Lebih membimbangkan lagi, Shamsul berkata banyak syarikat dan aset negara telah dan akan dijual.

“Malah dengan sikap Lim Guan Eng yang sentiasa memutar belit fakta menimbulkan ketidakyakinan pelbagai pihak. Ini tidak baik pada negara,” kata Ahli Parlimen Lenggong itu.

Semalam, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam satu kenyataan di Facebook mendakwa hutang rasmi negara meningkat kepada RM785.2 bilion.

Beliau berkata, Bank Negara Malaysia (BNM) melaporkan bahawa Menteri Kewangan telah meminjam RM3.5 bilion pada minggu lepas.

“Tambah lagi ke atas RM3.5 bilion yang dipinjam pada minggu pertama bulan April ini. Maka, hutang rasmi negara telah meningkat ke RM785.2 bilion pada hari ini,” kata Najib.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close