Berita UtamaUtama

Tiga ditahan kemuka tuntutan palsu RM689,000 kepada UTM

Suspek subahat minta perbelanjaan Dana Kebolehpasaran Graduan

JOHOR BAHRU, 9 Syaaban 1440H, Isnin – Seorang pegawai kanan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) adalah antara tiga lelaki yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, hari ini, kerana bersubahat dalam mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM689,000.

Sumber berkata, dua lagi yang ditahan adalah seorang pengarah sebuah syarikat swasta dan seorang pensyarah di Kolej Komuniti Ampang.

Ketiga-tiga mereka ditahan pada jam 2.30 petang di pejabat SPRM negeri bagi membantu siasatan.

“Hasil siasatan mendapati suspek yang ditahan berusia 40 hingga 50 tahun itu dipercayai bersubahat dalam mengemukakan tuntutan palsu kepada UTM, berkaitan perbelanjaan program Dana Kebolehpasaran Graduan berjumlah RM689,000 pada awal 2015 sedangkan program itu tidak dilaksanakan,” kata sumber berkenaan.

Pengarah SPRM negeri Datuk Azmi Alias mengesahkan tangkapan berkenaan, dan memaklumkan kesemua yang ditahan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru esok bagi permohonan reman.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 yang mana jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi dan penjara maksimum 20 tahun. – Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close