Dunia

74 tahanan Palestin maut akibat kecuaian Israel

200 banduan di penjara Israel menghidap penyakit kronik

RAMALLAH, 27 Jamadilawal 1444H, Khamis – Kira-kira 74 tahanan Palestin yang ditahan di penjara haram Israel meninggal dunia akibat kecuaian perubatan sejak 1967.

Mangsa pertama, Khalil Al-Rashaida dari Bethlehem, meninggal dunia pada tahun 1968 selepas mengalami serangan jantung dan tidak diberikan rawatan diperlukan.

Manakala mangsa terbaharu yang meninggal dunia semalam adalah Nasser Abu Hamid dari kem Al-Amari.

Dia disahkan meninggal dunia selepas perkhidmatan penjara Israel menangguhkan aksesnya untuk mendapatkan rawatan terhadap penyakit kanser.

Mahkamah pendudukan Israel menolak permohonannya untuk dibebaskan awal memandangkan tahap kesihatan Nasser yang semakin merosot.

Menurut Kelab Tahanan Palestin, kira-kira 600 banduan yang sakit ditahan di penjara Israel, termasuk 200 daripadanya menghidap penyakit kronik.

Ini termasuk 24 tahanan yang menghidap barah dan kanser di pelbagai peringkat.

Saadia Farajallah, 68, meninggal dunia pada Julai akibat kecuaian perubatan yang disengajakan. Dia menderita diabetis, darah tinggi dan masalah jantung.

Saadia pernah hadir ke mahkamah dengan berkerusi roda beberapa hari sebelum kematiannya, berikutan kemerosotan kesihatannya itu.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button