Berita UtamaUtama

Rugi RM487,000 diperdaya Macau Scam

Suspek tipu mangsa kata ada tunggakan bayaran kad kredit

KUCHING, 9 Syaaban 1440H, Isnin – Seorang lelaki berputih mata selepas mengalami kerugian RM487,000 akibat ditipu sindiket Macau Scam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Sarawak, Supt Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, lelaki yang berusia lewat 20-an itu mendakwa telah menerima panggilan yang mengatakan mangsa mempunyai tunggakan bayaran kad kredit.

“Mangsa menafikan perkara itu kerana tidak mempunyai kad kredit, kemudian panggilan itu disambungkan ke talian Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu kononnya mangsa terbabit dengan kes penyeludupan dadah dan pecah amanah.

Kemudian mangsa diarahkan untuk membuka akaun baharu dan menyerahkan butiran perbankan kononnya untuk proses penyiasatan Juruaudit Negara. Semalam, ketika mangsa menyemak semula akaun baharunya mendapati wang simpanannya itu telah lesap,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mustafa berkata, kerana takut dan panik, mangsa bertindak mengikut kesemua arahan sindiket tanpa usul periksa walaupun tahu mengenai Macau Scam melalui pelbagai saluran media. – Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close