Berita Utama

Isu dana judi: PAS persoal Anwar, mana bukti?

Anwar cabar suruh saman, 'kamu PM bukan cybertrooper kelas bawahan'

BANGI, 28 Zulhijjah 1444H, Isnin – PAS mengecam Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang masih menuduh Perikatan Nasional (PN) menerima dana daripada syarikat judi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

Anwar turut mendakwa, tindakan PN ketika mentadbir negera menaikkan jumlah cabutan loteri daripada lapan kepada 22 kali bukan dilakukan secara percuma.

Atas sebab itu, Ketua Pemuda PAS, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari menuntut Anwar mengemukakan bukti dakwaannya, walaupun sudah berulang kalu ditanya dalam Sidang Dewan Rakyat.

“Walaupun tiga kali pertanyan dibuat di Parlimen namun tiada bukti yang dapat ditampilkan serta tiada siasatan dilakukan.

“Dalam dua soalan bertulis dijawab Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengesahkan tiada sebarang bukti dan siasatan dilakukan atas dakwaan tersebut,” katanya seperti dipetik harakahdaily.net.

Ahmad Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas turut mempersoalkan tindakan Perdana Menteri yang tidak mahu mengemukakan bukti terhadap dakwaan berkenaan.

“PMX mencabar supaya kami menyaman beliau. Kamu bukannya cybertrooper kelas bawahan. Kamu seorang Perdana Menteri.

“Sebagai seorang Perdana Menteri, kenapa tidak datangkan bukti terus, dedahkan,” katanya.

Beliau berkata, pendedahan berkenaan wajar dilakukan oleh Anwar bagi membolehkan rakyat melihat kebenaran dan bukannya mencabar seperti yang dilakukan.

“Buat apa nak mencabar PN. Membuang masa untuk menyaman sudahlah kami mempunyai rakyat untuk disantuni untuk diperhatikan nasib mereka, tiba-tiba sibuk pula nak menyaman orang.

“Ia memerlukan perbelanjaan, masa mahkamah, turun naik dan sebagainya, entah berapa tahun boleh selesai?

“Kenapa tidak Perdana Menteri sendiri buat pendedahan, sebut bentangkan biar rakyat boleh menilai,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button