Berita UtamaUtama

‘Orang kenang jasa Tok Mat’

Rakyat sudah boleh nilai parti yang mampu perjuang masa depan

BANGI, 9 Syaaban 1440H, Isnin – Kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau membuktikan rakyat sudah matang dalam menilai parti yang mampu memperjuangkan masa depan mereka, kata Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

“Alhamdulillah Tok Mat menang di Rantau, orang Rantau kenang jasa Tok Mat. Terima kasih kepada jentera jentera perhubungan UMNO Kedah yang telah berkampung di Kelab Tuanku, Rantau bagi membantu kemenangan Tok Mat.

“Tidak lupa kepada pengundi yang telah memberi kepercayaan kepada Barisan Nasional dari Cameron, Semenyih hingga ke Rantau.

“Saya percaya ini adalah kemenangan suara rakyat. Tahniah kepada Tok Mat. Salam hatrik,” kata Jamil Khir yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah.

Mengulas lanjut, beliau berkata, keputusan itu juga menjadi kayu pengukur bagi rakyat memilih dan menilai antara dua parti yang mampu memperjuangkan masa depan rakyat serta negara, bukan hanya sekadar melaungkan slogan berbentuk retorik semata-mata.

Malah, katanya, rakyat ketika ini sedang menilai kemampuan Pakatan Harapan (PH) sama ada mampu membela nasib rakyat atau sebaliknya.

Mohamad Hasan atau lebih dikenali sebagai Tok Mat mempertahankan kerusi DUN Rantau selepas menewaskan tiga lagi lawannya, Dr S Streram dari PH dan dua calon Bebas, Mohd Nor Yassin dan R Malar, kelmarin.

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu menang dengan majoriti 4,510 undi selepas memperoleh 10,397 undi, sementara Dr Streram mendapat 5,887 undi; Mohd Nor dengan 79 undi dan R Malar memperoleh 83 undi.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close